Telefon bimbit atau handphone semakin popular dewasa ini sama seperti
laptop atau komputer. Baik dari
anak-anak kecil sehinggalah mereka yang dewasa sekarang menggunakan handphone
untuk berkomunikasi. Tapi, adakah anda tahu siapa yang mencipta dan menemui
telefon?? Perkongsian saya kali ini adalah berkaitan telefon.
Telefon adala satu alat komunikasi yang boleh membantu kita membuat
perhubungan jarak jauh, untuk bersembang atau memberitahu sesuatu kepada
rakan-rakan atau saudara mara yang berada di jarak yang jauh.
Tahukah anda??? Orang pertama yang memindahkan suaranya melalui telefon
ialah Alexender Graham Bell pada 2 Jun 1785, menggunakan telefon dwi satu arah
/ dua arah yang pertama pada 1 Jun 1785, kemudian pada 30 Januari 1877. Beliau mempetenkan telefon
dengan transmitter-penerima secara elektrodinamik.
Telefon berasal daripada (Bahasa Yunani: tele = jauh dan phone = suara) adalah alat telekomunikasiyang digunakan bagi memancar dan menerima bunyi
(kebiasaanya suara dan percakapan) pada jarak jauh tanpa terikat, secara bebas. Kebanyakan telefon
beroperasi melalui pemancaran isyarat elektrik melalui jaringan telefon rumit yang membenarkan sebarang pengguna telefon untuk berhubung
dengan hampir kesemua yang lain.
Kini pada zaman teknologi maklumat, terdapat pelbagai jenis, model
dan saiz telefon bimbit dipasaran. Bersamanya juga memiliki kelebihan dan
fungsinya tersendiri. Kecanggihan tersebut seharusnya dimanfaatkan sebaik
mungkin dengan melakukan perkara kebaikan dan hindarkan dari melakukan
keburukan yang boleh mendatangkan masalah kepada diri dan orang di sekitar.
No comments:
Post a Comment