BENCANA BANJIR DI MALAYSIA

Banjir adalah permasalahan yang serius kerana boleh memberi impak kepada kehilangan rumah, kerosakan harta benda, aktiviti tergendala, malah mungkin boleh menyebabkan kemalangan atau kematian akibat lemas kerana banjir. Inilah yang sering berlaku di Malaysia apabila berlaku hujan lebat atau hujan di musim tengkujuh.Banjir bukan sahaja boleh berlaku dikampung-kampung pada musim hujan atau tengkujuh, malah banjir juga boleh berlaku di bandaraya-bandaraya besar.

Banjir yang sering berlaku di Malaysia adalah kerana pembangunan yang tidak teratur atau perancangan struktur bandar yang tidak betul. Pembangunan kampung-kampung dan taman-taman perumahan serta pembinaan bandar baru di Malaysia kebanyakannya mengabaikan aspek-aspek sistem perparitan (drainage systems).

Perhatikan negara Barat dan Jepun - negara yang berada dikawasan lingkaran gempa, maka para jurutera mereka merancang bandar yang sesuai untuk mereka menghadapi gempa. Ini menunjukkan orang-orang di Barat dan Jepun tetap merancang walaupun mereka tahu akan kemungkinan impak bencana alam tetap juga boleh berlaku.


Maksudnya mereka tetap merancang apa yang patut untuk bandaraya dan kawasan perumahan mereka dahulu, tetapi kalau sudah nak kena impak bencana alam itu lain cerita. Manakala orang-orang di Malaysia bernasib baik kerana negara Malaysia tidak berada dilingkaran gempa, tetapi boleh dikatakan kerap mengalami masalah banjir.

Justeru itu dengan membina rangkaian sistem perparitan secara menyeluruh mungkin masalah banjir boleh diatasi. Namun sistem perparitan yang dimaksudkan disini bukanlah sistem aliran longkang yang kecil, tetapi sebuah rangkaian sistem perparitan yang berskala besar dari longkang biasa.


Para pemaju yang ingin memajukan kawasan perumahan dan membuka bandar baru (urbanisasi) juga sepatutnya perlu memikirkan faktor alam sekitar dan rangkaian sistem perparitan untuk mengelakkan banjir. Ini telah menjadi kemestian negara maju di Barat dan Jepun, namun di Malaysia mungkin projek-projek yang dibuat hanya difikirkan untuk mengkayakan kroni berbanding perancangan bandar yang teratur lengkap dengan rangkaian sistem perparitannya.


Kesimpulannya, jika negara Malaysia tidak mampu menangani banjir maka banyak impak negatif yang akan rakyat rasakan seperti penyebaran kuman penyakit yang dapat mengakibatkan sakit malaria kerana banjir yang sering berlaku.

No comments:

Post a Comment