COMPUTER....

Setiap orang pada hari ini pasti memiliki satu komputer peribadi masing-masing. Komputer memainkan peranan penting kepada manusia untuk membuat suatu proses kerja. Tidak ketinggalan bagi diri ini, sebuah komputer peribadi berwarna biru telah menjadi milik aku. Kini, aku berada seiringan dengan arus kemodenan yang rata-rata semua pekerjaan menggunakan komputer.  

            Komputer idaman yang aku telah lama inginkan, aku beli bersama keluarga. Teruja diri ini hanya Allah swt sahaja yang tahu. Aku bersyukur, selepas mendaftar di University College Bestari sebagai seorang pelajar, wang pinjaman untuk kegunaan belajar telah diluluskan. Aku menggunakan sebahagian wang tersebut untuk membeli komputer riba (laptop). Dengan adanya komputer sendiri akan memudahkan aku melakukan tugasan.

            Aku juga berterima kasih kepada kedua ibu bapaku kerana selalu menasihati dan memberi dorongan semangat untuk terus belajar bersungguh sehingga mencapai kejayaan. Dengan itu, hidup pasti akan tenang dan tidak akan menyusahkan orang lain. Pengorbanan ibu bapa pasti terbalas dengan kejayaan seorang anak mendapat segulung ijazah.


No comments:

Post a Comment