Soalan yang paling asas tetapi sangat penting, apa itu sebenarnya
Android? Untuk menjawab itu, sekarang cuba anda bayangkan tubuh anda adalah
sebuah telefon bimbit atau tablet.
Kepala, tangan, badan, kaki dan semua organ
fizikal yang dapat “diraba” adalah bahagian-bahagian dari telefon bimbit. Tubuh
anda boleh bergerak, berlari, berfikir, makan dan tidur kerana adanya nyawa
yang kita semua fahami tidak boleh disentuh kerana ianya tidak wujud tapi
menghidupkan tubuh anda.
Android boleh kita analogikan dengan cara yang
sama, di mana ia berperanan sebagai nyawa. Dalam hal ini, Android merupakan
sistem operasi yang mana perisian itu tidak wujud, tetapi berupa deretan kod
program berasaskan Linux yang direka untuk peranti mudah alih seperti yang
banyak kita dapati sekarang ini. Tanpa Android, maka telefon bimbit sehebat manapun
tidak akan dapat berfungsi. Sama seperti tubuh, segagah apapun fizikalnya jika
tidak bernyawa ia tidak dapat bergerak dan bekerja.
Yang unik dari Android adalah penerapan
manipulasinya..iaitu telefon bimbit yang ditenagai Android boleh bertindak
balas terhadap input sentuhan seperti sapu, mencubit, mengetuk, menekan dan
lain-lain. Dan kerana ia merupakan kod berlesen open source, maka pemaju
aplikasi dan pengilang dapat memperluaskan kefungsiannya ke batas-batas
maksimum.
Bagi orang yang baru saja move on dari Android,
pastinya masih bingung dan bimbang. Dalam hati bertanya-tanya apa itu Android
tapi malu mengungkapkannya. Di sini kita akan kupas dalam bahasa yang mudah
tentang Android, sejarah kemunculannya hingga merajai dunia mobile pada
hari ini.
Sejarah
Android
Android
pada mulanya berada di bawah naungan Android, Inc. Sebuah perusahaan yang didirikan
pada tahun 2003 silam oleh Andy Rubin, Rich Miner, Nick Sears dan Chris White.
Markas besarnya berlokasi di Palo Alto, California. Android pada awalnya tidak
dibuat untuk telefon bimbit, melainkan hanya untuk kamera digital.
Selepas beberapa tahun, perusahaan android menyadari
peluang mereka lebih besar untuk berkembang jika menyasarkannya diperangkat mobile.
Jadi, Android direka untuk menyaingi Symbian dan Windows Mobile yang mana turut
menjadi pilihan utama.
Pada tahun 2005, tepatnya pada tanggal 17 Ogos,
Android Inc telah dipinang yang juga turut dikenali sebagai Google yang
berjanji membawa pendirian Android ke dalam naungan mereka. Tapi sampai di
penghujung tahun 2006, Google belum melahirkan apa-apa, Android kemudian menghilang
dan pada 22 Oktober 2008 telefon pintar pertama berasaskan Android dilancarkan
dengan nama HTC Dream.
Dua tahun berselang, Google memperkenalkan siri
Nexus One yang proses pembuatannya dibantu oleh HTC. Hari ke hari, kemudian mulalah
muncul berbagai jenis (brand) dari OEM yang berbeza mulai dari Samsung, LG,
Asus, Lenovo, HTC, Oppo, Vivo, Sony dan sebagainya.
Versi-versi
Android
Seiring
berjalannnya peredaran zaman dan teknologi, Android turut mengalami banyak
perubahan dan pembaikan. Ciri-ciri baru ditambahkan demi memberikan persembahan
yang lebih optimal. Pengembangan ini melahirkan beberapa versi dan nama
Android, antaranya:
1) Android
1.0 (2008)
Papan
kekunci QWERTY model slaid pada telefon pintar Android pertama ialah HTC Dream.
Sistem operasi ini boleh dikategori sebagai Android bayi yang masih sangat
sederhana. Pengguna diajak menyesuaikan diri dengan peradaban baru dalam
meneroka sebuah peranti telekomunikasi mudah alih.
Jika
hari ini kita terbiasa menatal skrin ke bawah untuk melihat pemberitahuan,
perlu diketahui bahawa asalnya hanya menggunakan papan kekunci dahulu tidak
seperti hari ini. Pada versi inilah Google untuk pertama kalinya memperkenalkan
makanisma pemeriksaan pemberitahuan yang kerap diistilahkan pull-down
notification tersebut.
Selain
pemberitahuan, dua komponen pada Android 1.0 yang masih digunakan hingga kini
adalah widget aplikasi, serta kedai aplikasi Google Play Store yang ketika itu
dikenali "Market".
Sistem
operasi ini juga membawa perkhidmatan Gmail. Dua aplikasi tersebut, Gmail dan
Market, menjadi perkhidmatan bawaan paling purba Google sehingga turut diguna
pada Android 1.0.2.
Versi
Android
ini menggunakan nama makanan manis. Tradisi tersebut dipertahankan hingga
sekarang. Pada Cupcake, Google juga memperkenalkan SDK widget untuk
developer pihak ketiga. kegunanya agar aplikasi pihak ketiga boleh memiliki
widget sendiri seperti aplikasi bawaan Google.
Dua pembaruan pada Cupcake juga meliputi kemampuan merakam video dengan kamera peranti
telefon pintar serta kemampuan keyboard layar sentuh.
Masih
di tahun yang sama, Google sekali lagi mengeluarkan Android
baru dikenali sebagai "Donut". Pada versi ini, Google
mengumumkan bahwa Android ini boleh digunakan untuk mobile dengan
ukuran layar sahaja.
Android
Donut juga memunculkan kolom pencarian pada antarmuka telefon. Pengguna boleh mencari
maklumat di internet, Fail, kenalan, dan apa saja secara lebih cepat dengan
ruang tersebut.
Tahun 2009
memang merupakan tahun produktif bagi Google dalam menghasilkan sistem operasi.
Eclair menjadi Android pertama yang menghadirkan perkhidmatan navigasi Google
Maps.
Sistem tersebut
menjadi era pertama menggunakan GPS yang sekarang bukan cuma ada di telefon
bimbit, tetapi juga di kereta-kereta moden. Eclair juga menjadi Android pertama
yang menyokong HTML5 pada pelayar sehingga boleh memainkan video. Kemampuan
membuka skrin alias unlock-screen dengan mekanisme menyapu atau swipe juga
diperkenalkan pada Eclair.
Tahun 2010
selain melancarkan Android Froyo, Google juga menghadirkan telefon bimbit Nexus
pertama yang dinamakan "Nexus One". Ada beberapa pembaharuan pada
Froyo berbanding pendahulunya. Tentu saja pengguna Nexus One menjadi yang pertama
mendapat update Android tersebut.
Dari segi pandangan, Android Froyo membolehkan lima panel paparan depan alias
home screen. Sebelumnya, batas panel cuma sampai tiga sahaja. Froyo juga
menambah pilihan keselamatan kunci bagi pengguna. Dari yang sebelumnya cuma
kunci pola (pattern lock), kini turut dilengkapi dengan pilihan kunci PIN atau
PIN lock.
Menyedari
keperluan netizen akan selfie, Google pun membina versi Gingerbread dengan
kemampuan kamera depan untuk mendapatkan foto sendiri. Pada versi ini, pengguna
juga boleh melihat reka bentuk semula antara muka yang cukup teratur.
Selain itu,
dari segi fungsi, Gingerbread membolehkan pengguna menekan keyboard virtual
secara serentak alias sentuh. Kemampuan ini dikekalkan hingga sekarang dengan
pelbagai peningkatan prestasi tambahan.
Sistem operasi
ini menyokong kemampuan kekunci virtual untuk home, back, dan
menu, untuk pertama kalinya. Sasarannya pun lebih ke perangkat tablet smartphone.
Pada masa itu, memang pasaran tablet sedang semakin tersebar.
Beberapa
pembaruan paparan lainnya termasuk kemampuan membuka layar menggunakan wajah (face
unlock), analisa penggunaan data internet, serta paket aplikasi bawaan dari
vendor yang mencakup kalendar, mail, kalkulator, dan lainnya.
Versi Android
yang membawa pembaharuan spesifikasi setelah beberapa kali update yang
dilakukan Google hanya membawa sedikit perubahan.
Salah satunya,
Jelly Bean membolehkan pengguna menatal (scroll) cepat home screen ke
bawah untuk melihat kumpulan maklumat penting, seperti agenda, e-mel, dan
laporan cuaca. Sebelumnya, pengguliran ke bawah cuma memperlihatkan
pemberitahuan aplikasi.
Selain itu,
Jelly Bean merupakan yang pertama Google menghadirkan pembantu digital yang
dinamakan Google Now. Mulai dari versi ini, Google berhasrat untuk membuat
pembantu digital yang lebih hidup, berperikemanusiaan, dan relevan bagi
pengguna.
Maskot Android
KitKat (Dokumentasi Sundar Pichai, ketua produk Android dan Chrome, via Google)
Perlu setahun
bagi Google untuk menghadirkan KitKat. Versi Android ini memberikan suasana
yang segar dengan kemaskini antaramuka aksi putih dan biru muda. Pada KitKat,
Google menghadirkan perintah carian menggunakan suara atau disebut "Ok,
Google".
Ciri-ciri ini mendapat puji-pujian dari para pakar teknologi. Pada
masa yang sama, Google juga melancarkan aplikasi mesej ringkas Hangouts untuk
pertama kalinya. Malangnya, kebelakangan Hangouts dilabelkan sebagai perkhidmatan
Google yang gagal kerana tak menemui penembusan yang memuaskan oleh ramai
pengguna.
Pembaharuan
yang ketara pada Lollipop ialah dari sisi reka bentuk yang diperhalusi dan
disesuaikan dengan zaman. Selain itu, ciri-ciri yang sudah hadir pada Android
sebelumnya ditingkatkan.
Inovasi kurang
terasa pada versi ini. Satu-satunya yang terasa baru adalah sokongan untuk imej
berformat RAW. Format itu membolehkan para ilustrator, jurugambar, atau graphic
designer menyimpan fail dengan saiz besar agar boleh disunting tanpa
mengurangkan kualiti.
Menu aplikasi
pada Android Marshmallow benar-benar direka baru. Reka bentuk yang membuat
pengguna merasa lain dari versi sebelumnya kerana lebih dinamik.
Selain itu, ada
juga ciri memory manager yang membolehkan pengguna menyemak penggunaan memori
pada tiap aplikasi. Terdedah waktu pengecekannya boleh ditetapkan dari tiga jam
yang lalu hingga 24 jam sebelumnya.
Kemas kini
kedua ditilik dari tetapan kelantangan. Pada Marshmallow, pengguna boleh
mengawal kelantangan yang berbeza-beza pada panggilan, media, dan penggera. Keselamatan
juga mendapat peningkatan pada versi ini. Google membolehkan pengguna
menggunakan sensor pengimbas cap jari kerana sudah disokong Marshmallow.
Google
memperkenalkan LG v20 sebagai telefon bimbit baru pertama dengan Android Nougat
7.0. (Google). Nougat adalah versi Android yang terbaru yang baru diperkenalkan
pada kumpul developer Google I / O, pertengahan 2016 ini. Beberapa lama selepas
itu, Google menghadirkan Nougat secara rasmi untuk penguna.
Kemas kini
paling terasa pada versi Nougat adalah kehadiran Google Assistant yang
menggantikan Google Now. Pembantu digital tersebut lebih boleh dipercayai untuk
menjalankan pelbagai fungsi.
Ciri-ciri baru
lain termasuk skrin split-screen apabila memakai multitasking, serta ciri Doze
yang telah diperkenalkan di versi Android Marshmallow namun telah dipertingkatkan.
Android Nougat juga mempunyai sokongan terhadap platform virtual reality
terbaru Google.
Best gop leh baca & ceduk pengetahuan teknologi. Lagi mudah bila inisiatif penulisan leh buang 'tech jargon' buat ramai bleh ikut. Terima kasih abgYoo! ;-))
ReplyDeletehaha..nanti kita ejas.. :)
Delete