Apa itu Android?



Soalan yang paling asas tetapi sangat penting, apa itu sebenarnya Android? Untuk menjawab itu, sekarang cuba anda bayangkan tubuh anda adalah sebuah telefon bimbit atau tablet.

Kepala, tangan, badan, kaki dan semua organ fizikal yang dapat “diraba” adalah bahagian-bahagian dari telefon bimbit. Tubuh anda boleh bergerak, berlari, berfikir, makan dan tidur kerana adanya nyawa yang kita semua fahami tidak boleh disentuh kerana ianya tidak wujud tapi menghidupkan tubuh anda.

Android boleh kita analogikan dengan cara yang sama, di mana ia berperanan sebagai nyawa. Dalam hal ini, Android merupakan sistem operasi yang mana perisian itu tidak wujud, tetapi berupa deretan kod program berasaskan Linux yang direka untuk peranti mudah alih seperti yang banyak kita dapati sekarang ini. Tanpa Android, maka telefon bimbit sehebat manapun tidak akan dapat berfungsi. Sama seperti tubuh, segagah apapun fizikalnya jika tidak bernyawa ia tidak dapat bergerak dan bekerja.

Yang unik dari Android adalah penerapan manipulasinya..iaitu telefon bimbit yang ditenagai Android boleh bertindak balas terhadap input sentuhan seperti sapu, mencubit, mengetuk, menekan dan lain-lain. Dan kerana ia merupakan kod berlesen open source, maka pemaju aplikasi dan pengilang dapat memperluaskan kefungsiannya ke batas-batas maksimum.

Bagi orang yang baru saja move on dari Android, pastinya masih bingung dan bimbang. Dalam hati bertanya-tanya apa itu Android tapi malu mengungkapkannya. Di sini kita akan kupas dalam bahasa yang mudah tentang Android, sejarah kemunculannya hingga merajai dunia mobile pada hari ini.
 
Sejarah Android

Android pada mulanya berada di bawah naungan Android, Inc. Sebuah perusahaan yang didirikan pada tahun 2003 silam oleh Andy Rubin, Rich Miner, Nick Sears dan Chris White. Markas besarnya berlokasi di Palo Alto, California. Android pada awalnya tidak dibuat untuk telefon bimbit, melainkan hanya untuk kamera digital.

Selepas beberapa tahun, perusahaan android menyadari peluang mereka lebih besar untuk berkembang jika menyasarkannya diperangkat mobile. Jadi, Android direka untuk menyaingi Symbian dan Windows Mobile yang mana turut menjadi pilihan utama.

Pada tahun 2005, tepatnya pada tanggal 17 Ogos, Android Inc telah dipinang yang juga turut dikenali sebagai Google yang berjanji membawa pendirian Android ke dalam naungan mereka. Tapi sampai di penghujung tahun 2006, Google belum melahirkan apa-apa, Android kemudian menghilang dan pada 22 Oktober 2008 telefon pintar pertama berasaskan Android dilancarkan dengan nama HTC Dream. 

Dua tahun berselang, Google memperkenalkan siri Nexus One yang proses pembuatannya dibantu oleh HTC. Hari ke hari, kemudian mulalah muncul berbagai jenis (brand) dari OEM yang berbeza mulai dari Samsung, LG, Asus, Lenovo, HTC, Oppo, Vivo, Sony dan sebagainya.

Versi-versi Android


Seiring berjalannnya peredaran zaman dan teknologi, Android turut mengalami banyak perubahan dan pembaikan. Ciri-ciri baru ditambahkan demi memberikan persembahan yang lebih optimal. Pengembangan ini melahirkan beberapa versi dan nama Android, antaranya:

1) Android 1.0 (2008)

Papan kekunci QWERTY model slaid pada telefon pintar Android pertama ialah HTC Dream. Sistem operasi ini boleh dikategori sebagai Android bayi yang masih sangat sederhana. Pengguna diajak menyesuaikan diri dengan peradaban baru dalam meneroka sebuah peranti telekomunikasi mudah alih.

Jika hari ini kita terbiasa menatal skrin ke bawah untuk melihat pemberitahuan, perlu diketahui bahawa asalnya hanya menggunakan papan kekunci dahulu tidak seperti hari ini. Pada versi inilah Google untuk pertama kalinya memperkenalkan makanisma pemeriksaan pemberitahuan yang kerap diistilahkan pull-down notification tersebut.

Selain pemberitahuan, dua komponen pada Android 1.0 yang masih digunakan hingga kini adalah widget aplikasi, serta kedai aplikasi Google Play Store yang ketika itu dikenali "Market".
Sistem operasi ini juga membawa perkhidmatan Gmail. Dua aplikasi tersebut, Gmail dan Market, menjadi perkhidmatan bawaan paling purba Google sehingga turut diguna pada Android 1.0.2.

2) Android 1.5 Cupcake (2009)

Versi Android ini menggunakan nama makanan manis. Tradisi tersebut dipertahankan hingga sekarang. Pada Cupcake, Google juga memperkenalkan SDK widget untuk developer pihak ketiga. kegunanya agar aplikasi pihak ketiga boleh memiliki widget sendiri seperti aplikasi bawaan Google. Dua pembaruan pada Cupcake juga meliputi kemampuan merakam video dengan kamera peranti telefon pintar serta kemampuan keyboard layar sentuh. 

3) Android 1.6 Donut (2009)

Masih di tahun yang sama, Google sekali lagi mengeluarkan Android baru dikenali sebagai "Donut". Pada versi ini, Google mengumumkan bahwa Android ini boleh digunakan untuk mobile dengan ukuran layar sahaja. 

Android Donut juga memunculkan kolom pencarian pada antarmuka telefon. Pengguna boleh mencari maklumat di internet, Fail, kenalan, dan apa saja secara lebih cepat dengan ruang tersebut.

4) Android 2.0 Eclair (2009)
Tahun 2009 memang merupakan tahun produktif bagi Google dalam menghasilkan sistem operasi. Eclair menjadi Android pertama yang menghadirkan perkhidmatan navigasi Google Maps.

Sistem tersebut menjadi era pertama menggunakan GPS yang sekarang bukan cuma ada di telefon bimbit, tetapi juga di kereta-kereta moden. Eclair juga menjadi Android pertama yang menyokong HTML5 pada pelayar sehingga boleh memainkan video. Kemampuan membuka skrin alias unlock-screen dengan mekanisme menyapu atau swipe juga diperkenalkan pada Eclair. 

5) Android 2.2 Froyo (2010)
 
Tahun 2010 selain melancarkan Android Froyo, Google juga menghadirkan telefon bimbit Nexus pertama yang dinamakan "Nexus One". Ada beberapa pembaharuan pada Froyo berbanding pendahulunya. Tentu saja pengguna Nexus One menjadi yang pertama mendapat update Android tersebut.


Dari segi pandangan, Android Froyo membolehkan lima panel paparan depan alias home screen. Sebelumnya, batas panel cuma sampai tiga sahaja. Froyo juga menambah pilihan keselamatan kunci bagi pengguna. Dari yang sebelumnya cuma kunci pola (pattern lock), kini turut dilengkapi dengan pilihan kunci PIN atau PIN lock.
 
6) Android 2.3 Gingerbread (2010)

Menyedari keperluan netizen akan selfie, Google pun membina versi Gingerbread dengan kemampuan kamera depan untuk mendapatkan foto sendiri. Pada versi ini, pengguna juga boleh melihat reka bentuk semula antara muka yang cukup teratur.

Selain itu, dari segi fungsi, Gingerbread membolehkan pengguna menekan keyboard virtual secara serentak alias sentuh. Kemampuan ini dikekalkan hingga sekarang dengan pelbagai peningkatan prestasi tambahan.

7) Android 3.0 Honeycomb (2011)

Sistem operasi ini menyokong kemampuan kekunci virtual untuk home, back, dan menu, untuk pertama kalinya. Sasarannya pun lebih ke perangkat tablet smartphone. Pada masa itu, memang pasaran tablet sedang semakin tersebar.

8) Android 4.0 Ice Cream Sandwich (2011)

Beberapa pembaruan paparan lainnya termasuk kemampuan membuka layar menggunakan wajah (face unlock), analisa penggunaan data internet, serta paket aplikasi bawaan dari vendor yang mencakup kalendar, mail, kalkulator, dan lainnya. 

9) Android 4.1 Jelly Bean (2012)

Versi Android yang membawa pembaharuan spesifikasi setelah beberapa kali update yang dilakukan Google hanya membawa sedikit perubahan.

Salah satunya, Jelly Bean membolehkan pengguna menatal (scroll) cepat home screen ke bawah untuk melihat kumpulan maklumat penting, seperti agenda, e-mel, dan laporan cuaca. Sebelumnya, pengguliran ke bawah cuma memperlihatkan pemberitahuan aplikasi.

Selain itu, Jelly Bean merupakan yang pertama Google menghadirkan pembantu digital yang dinamakan Google Now. Mulai dari versi ini, Google berhasrat untuk membuat pembantu digital yang lebih hidup, berperikemanusiaan, dan relevan bagi pengguna. 

10) Android 4.4 KitKat (2013)
 
Maskot Android KitKat (Dokumentasi Sundar Pichai, ketua produk Android dan Chrome, via Google)

Perlu setahun bagi Google untuk menghadirkan KitKat. Versi Android ini memberikan suasana yang segar dengan kemaskini antaramuka aksi putih dan biru muda. Pada KitKat, Google menghadirkan perintah carian menggunakan suara atau disebut "Ok, Google". 

Ciri-ciri ini mendapat puji-pujian dari para pakar teknologi. Pada masa yang sama, Google juga melancarkan aplikasi mesej ringkas Hangouts untuk pertama kalinya. Malangnya, kebelakangan Hangouts dilabelkan sebagai perkhidmatan Google yang gagal kerana tak menemui penembusan yang memuaskan oleh ramai pengguna.

11) Android 5.0 Lollipop (2014)

Pembaharuan yang ketara pada Lollipop ialah dari sisi reka bentuk yang diperhalusi dan disesuaikan dengan zaman. Selain itu, ciri-ciri yang sudah hadir pada Android sebelumnya ditingkatkan.


Inovasi kurang terasa pada versi ini. Satu-satunya yang terasa baru adalah sokongan untuk imej berformat RAW. Format itu membolehkan para ilustrator, jurugambar, atau graphic designer menyimpan fail dengan saiz besar agar boleh disunting tanpa mengurangkan kualiti.

12) Android 6.0 Marshmallow (2015)
 
Menu aplikasi pada Android Marshmallow benar-benar direka baru. Reka bentuk yang membuat pengguna merasa lain dari versi sebelumnya kerana lebih dinamik.

Selain itu, ada juga ciri memory manager yang membolehkan pengguna menyemak penggunaan memori pada tiap aplikasi. Terdedah waktu pengecekannya boleh ditetapkan dari tiga jam yang lalu hingga 24 jam sebelumnya.


Kemas kini kedua ditilik dari tetapan kelantangan. Pada Marshmallow, pengguna boleh mengawal kelantangan yang berbeza-beza pada panggilan, media, dan penggera. Keselamatan juga mendapat peningkatan pada versi ini. Google membolehkan pengguna menggunakan sensor pengimbas cap jari kerana sudah disokong Marshmallow.
 
13) Android 7.0 Nougat (2016)
 
Google memperkenalkan LG v20 sebagai telefon bimbit baru pertama dengan Android Nougat 7.0. (Google). Nougat adalah versi Android yang terbaru yang baru diperkenalkan pada kumpul developer Google I / O, pertengahan 2016 ini. Beberapa lama selepas itu, Google menghadirkan Nougat secara rasmi untuk penguna.


Kemas kini paling terasa pada versi Nougat adalah kehadiran Google Assistant yang menggantikan Google Now. Pembantu digital tersebut lebih boleh dipercayai untuk menjalankan pelbagai fungsi.


Ciri-ciri baru lain termasuk skrin split-screen apabila memakai multitasking, serta ciri Doze yang telah diperkenalkan di versi Android Marshmallow namun telah dipertingkatkan. Android Nougat juga mempunyai sokongan terhadap platform virtual reality terbaru Google.