Bermula cuti semester tiga, yang mana tidak sangka dan tak diduga..akan menjadi salah seorang tetamu Allah swt. Alhamdulillah, aku berpeluang menjejakkan kaki di bumi suci Madinah dan Makah. Allahurabbi..hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan aku masa itu.
Masjid Nabawi, dibuka oleh Nabi Muhammad saw yang terpuji pada ketika dahulu. Kini masjid ini semakin indah dan besar selepas ditambah ruangan yang selesa untuk jemaah yang datang untuk menunaikan solat. Dibawah kubah hijau itu juga, tersemadinya jasat seorang manusia yang agung yang telah berjaya membawa agama Islam tersebar luas diserata dunia. Beliau ialah Rasulullah yang terakhir Muhammad bin Abdullah.
Pintu masuk utama Masjid Nabawi dan juga tempat makam Nabi Muhammad serta sahabat Baginda.
Rasulullah pernah bersabda antara rumahku dan Masjidku terdapat raudah (taman-taman syurga). kawasan yang dikenali sebagai raudah ini menjadi tumpuan semua orang. Hal ini kerana segala doa, hajat dan amalan akan dimakbulkan Allah
Jemaah menunggu giliran untuk masuk ke raudah yang mana segala hajat dan doa dipinta ditemapat tersebut pasti akan dimakbulkan Allah.
keadaan di dalam raudah yang mana begitu indah..
Suasana di dalam Masjidil Nabawi yang cukup-cukup tenang dan damai |
Sempat berguru dengan sheikh arab... |
Perkuburan Baqi' dimana tempat dikuburkan sahabat-sahabat dan para pejuang Islam yang syahid. |
Masjid Quba', Madinah. Pahala bagi yang mengerjakan solat disini adalah seumpama seperti membuat satu umrah.
bergambar kenangan dengan kereta polis arab..
jemaah menuju ke arah bukit uhud untuk melihat dengan lebih dekat perkuburan dan keadaan bukit uhud yang penuh sejarah. |
berada di kaki bukit uhud yang mana terdapat sejarah mengenai peperangan Islam pada ketika dahulu.
Bandar Madinah yang pesat membangun. Terdapat pelbagai jenis barangan yang boleh dibeli di sana. Aiskrim Madinah pun sedap..selain daripada tu, burung merpati yang banyak...bebas kemana-mana.
sekawan burung merpati... |
antara jemaah Terengganu yang mengerjakan umrah bersama |
Kemah2
ReplyDeleteKemah2
ReplyDelete