Borang Penamaan calon wakil Pelajar dibahagikan. Aku antara insan yang bertuah menerima undian yang tertinggi bagi masuk bertanding. Aku dengan berat hati menerima borang tersebut sebabnya aku rasa ramai lagi yang berkelayakan untuk jawatan ini. Namun difikirkan balik mungkin ini salah satu paltform yang terbaik bagi aku untuk berkeyakinan dalam berhadapan dengan orang umum dan rakan-rakan kolej yang lain.
Nak jadi seseorang yang berkepimpinan dan contoh kepada orang lain bukan senang. Akhlak dan sahsiah menjadi peranan penting dalam diri. penampilan dan watak dalam pergaulan juga menjadi punca anda dijadikan role model. Nak kata aku ada semua tu, erm,,,rasanya tak la kot..
Sebenarnya kita tak boleh nak menilai diri kita sempurna atau tak, baik atau jahat. Kita kena cari penilai yang dapat nilai diri kita pada tahap mana. Kawan-kawan adalah penilai yang paling dekat, hampir dan selalu melihat prestasi kita setiap hari. mereka boleh menilai kita yang mana kita ini siapa dan bagaimana.
Maka bermulalah proses berkempen. Poster ditampal di situ, di sini. Terpampang wajah yng tak berapa smart ni. Tanggal 20 Oktober 2015, proses pengundian kampus berjalan. Pada waktu malam itu juga pengumuman keputusan Kerusi Umum dan Kerusi Fakulti dimahsyurkan. Keputusannya, maka dengan rasminya aku dilantik sebagai wakil pelajar mewakili Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Komputer (FTMSK) University College Bestari sesi 2015/2016.
Setiap calon mesti ada manifesto tersendiri kan. Manifesto aku pula, aku tak menjanjikan apa-apa namun yang aku janjikan adalah akan buat semampu dan sebaik mungkin dalam menjalankan tugas sebahai wakil pelajar.
Mana-mana masalah yang dihadapi oleh rakan-rakan dan pelajar kolej yang boleh dibantu, aku akan cuba bantu menyelesaikannya mengikut saluran yang betul..InshaaAllah.
Hidup kita tak akan gembira tanpa rakan.
Hidup kita tidak lengkap jika tidak mengikut peraturan.
Hidup kita tidak akan wujud jika tidak daripada-Nya.
Hidup ini haya sementara,
maka jadilah khalifah yang memakmurkan bumi ini pada jalan yang benar.
- SENYUM SOKMO -